Selasa, 12 Julai 2011

Lawatan Antarabangsa : Peserta Second Ragional Conference.






SAMUDERA BUAT GURU

Pantai hari ini nampak tenang Tiada gelora,
Tiada ombak yang garang,
Melihat laut yang jauh itu,
Umpama melihat ibu yang tersayang,
Pada pantai aku melepas rindu,
Pada pantai juga aku menangis,
Pada ombak ku kirimkan cinta,
Pada dunia lautan itu Guruku ,
Sayangnya aku pada kamu,
Umpama lautan yang luas itu,
Jasamu umpama samudera,
Memberi sebuah kisah cinta pada manusia
Guruku, Aku anak laut Laut dan pantai duniaku
Ia juga masa depanku,
Ia warna dalam hidupku,
Guruku, Kasihmu ku anggap ombak,
Ombak tenang di bibir pantai,
Jasamu juga ku anggap ombak,
Ombak yang garang dan banyak memukul pantai,
Guruku, Budimu ku anggap air di laut,
Tak pernah kering dan mati,
Walau kita nampak jauh,
Namun kita dekat pada hati,
Guruku, Jika dosa telah aku lakukan,
Restu dan maafmu aku dambakan,
Jika hatimu luka Selautan ampun ku pohonkan,
Hari ini dan esok… Aku akan terus melihat samudera luas ini..
Dan sampai bila-bila..
Samudera ini hadiahku buat guru-guru…

Sabtu, 9 Julai 2011

CARA MEMBINA BLOG

1.      Pertama sekali, buka laman  “Google Account”.



2.      Kedua, create  “Google Account”.


3.      Buka alamat bloger anda, kemudian masukkan alamat gmail.



4.      Kemudian, “Sign up”  untuk blogger.


5.      Klik di kotak “ Create your blog now”  untuk menghasilkan blog anda.



6.      Isikan maklumat yang berkaitan.



7.      Pilih “ template”  yang disukai.




8.      Klik di petak “Design”  untuk menghiasi blog anda.


9.      Setelah memilih, template yang dikehendaki, klik di petak  “Apply to blog “.




10.  Klik di “View Blog” untuk melihat blog yang sudah siap.



11.  Sekarang blogger anda sudah siap. Klik  “Posting”  untuk membuat artikel/tulisan yang dikehendaki. Kemudian, klik di petak “Publish Post.”